Allah SWT berfirman dalam Surah Ibrahim (ayat 7):
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Daripada ayat di atas, memang jelas dinyatakan bahawa jika kita bersyukur, Allah SWT akan menambah nikmatNya kepada kita. Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak nikmat yang diberikanNya. Bagaimana cara-cara bersyukur? Di antaranya ialah:
1. Bersyukur melalui lidah
Bersyukur melalui lidah adalah dengan cara mengikrarkan Allah SWT dengan ketinggian dan kebesaranNya serta mengakui keperluan seluruh makhluk kepada pemberian dan kurniaan-Nya. Sentiasalah mengingatiNya dengan bertasbih, bertahmid dan bertakbir.
2. Bersyukur melalui perbuatan
Terlalu sedikit orang yang melakukannya berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Saba’ (ayat 13) yang bermaksud:
“Bekerjalah wahai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah) dan sedikit sekali dari hamba-hambaku yang berterima kasih.”
Ramai yang tidak bersyukur kerana mereka tidak mengetahui akan kenikmatan yang diberi oleh Allah SWT. Pada hakikatnya, terlalu banyak nikmat yang diberikanNya. Antara nikmat yang paling besar adalah bernafas. Jika manusia tidak bernafas, maka tamatlah riwayat hidup mereka. Dengan itu, syukurlah dengan mematuhi segala yang diperintah oleh Nya dan jauhi laranganNya.
3. Bersyukur atas nikmat
Ini adalah merujuk firman Allah SWT di permulaan artikel ini di atas di mana nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT perlu disyukuri supaya nikmat akan bertambah-tambah. Orang yang dikurniakan nikmat harta dan kekayaan hendaklah menunaikan hak kepada orang miskin dengan cara memberi sedekah.
Orang yang dikurniakan Allah SWT sesuatu ilmu hendaklah bersyukur dengan mengajar orang lain. Orang yang dikurniakan pangkat yang tinggi di dunia ini hendaklah bersyukur dengan memehuhi keperluan orang lain dan memberi bantuan dalam menyelesaikan masalah mereka.
Dari sudut Hukum Tarikan pula, bersyukur adalah salah satu daripada teknik yang mana apabila kita dalam keadaan bersyukur, kita menghasilkan getaran kesyukuran yang positif dan akan dipancarkan untuk menarik perkara-perkara positif datang kepada kita. Letakkan emosi dan energi yang tinggi dalam kesyukuran supaya tarikan positif terhadap diri anda menjadi lebih hebat.
Bagaimana cara untuk meletakkan emosi dan energi dalam kesyukuran? Di antara cara terbaik adalah dengan menulis sebanyak mungkin apakah yang anda rasa bersyukur. Lakukan aktiviti ini setiap hari supaya momentum getaran positif sentiasa dipancarkan dan mendapat hasil positif yang konsisten.
Di antara contoh-contoh kesyukuran adalah:
- Saya bersyukur kerana masih bernafas dan masih hidup
- Saya bersyukur kerana tubuh badanku sihat
- Saya bersyukur kerana keluarga juga sihat
- Saya bersyukur kerana ada cukup makanan untuk keluarga
- Saya bersyukur kerana ada kenderaan untuk bergerak ke mana sahaja
- Saya bersyukur kerana rezeki datang mencurah-curah.
- Saya bersyukur kerana perniagaan mendapat keuntungan
- Saya bersyukur kerana mendapat gaji hari ini
- Saya bersyukur kerana ada kawan belanja makan hari ini
- Saya bersyukur kerana mendapat hadiah cabutan bertuah
- Dan banyak lagi yang kita harus bersyukur….
Nama saya Ir. Hj. Ezwan Bin Mokhtar, lebih dikenali sebagai IR EZWAN. Merupakan seorang Jurutera Profesional yang menjalankan perniagaan sepenuh masa dan merupakan Pengarah kepada 3 buah syarikat. Saya juga mendapat “Certified Advance Law Of Attraction” dari My Global Science Foundation, United Stated Of America. Saya juga merupakan pengamal Hukum Tarikan sepenuhnya dalam mengubah kehidupan saya 360º DARJAH. Kepakaran saya adalah membantu orang yang ingin mengubah kehidupan mereka dengan mengamalkan Hukum Tarikan ke tahap yang tertinggi supaya mencapai impian dan matlamat mereka dengan mudah.
PENGIKTIRAFAN DAN PENCAPAIAN
Pengarah kepada 3 buah syarikat
Ezrich Group Sdn Bhd, Perunding AVL Sdn Bhd, RGH Wanluino Sdn Bhd
Jurutera Professional
(Board of Engineers Malaysia)
Pengasas,
Pusat Rawatan Islam RIZQIN dan Produk jenama AURA RIZQIN
Penulis blog, ebook dan buku (www.irezwan.com ; www.rahsiahipnosis.com )
Certified Advance Law of Attraction
from MyGlobal Science Foundation, US (www.myglobalsciencesfoundation.org)
Sijil Pengiktirafan dari MyGlobal Science Foundation, US

Hukum Tarikan boleh digunakan untuk menarik kesihatan yang baik dan sempurna. Jika anda mengalami keadaan kurang sihat dan ingin memperoleh kesihatan yang lebih baik, berikut adalah tip-tip yang berguna:
1. Anda harus mengubah cara pemikiran anda. Orang yang sakit, biasanya dia akan fikir tentang kesakitan yang dialaminya di sepanjang hari. Ia adalah pemikiran dominan dalam mindanya. Lebih banyak anda fikir tentang sesuatu dengan penuh perasaan, maka lebih banyak ia akan datang kepada anda. Lebih banyak fikir tentang kesakitan, maka lebih teruk kesakitan itu.
2. Lepaskan perasaan itu dan lakukan aktiviti lain yang boleh mendatangkan kegembiraan kepada anda untuk menggantikan pemikiran negatif ini seperti menonton video, membaca atau bersembang dengan rakan-rakan. Pastikan aktiviti yang anda buat itu adalah apa yang anda suka dan minat.
Apabila anda gembira, anda menghantar getaran positif ke alam semesta. Anda menghantar mesej yang anda sedang dalam keadaan gembira dan bebas daripada tekanan. Dengan itu, anda akan dapat lebih kegembiraan. Selalulah menonton komedi, membaca cerita kelakar dan berborak dengan rakan atau keluarga yang boleh membuatkan anda ketawa.
3. Anda harus percaya bahawa anda akan sembuh. Perlu diingatkan bahawa apabila berfikir tentang kesembuhan, ia memerlukan kepercayaan terhadapnya. Anda perlu menguatkan kepercayaan yang anda boleh sembuh dengan izin-Nya.
Adakah kehidupan anda sekarang ini adalah apa yang anda inginkan? Setiap individu mempunyai keinginan masing-masing dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Ia boleh jadi dari segi perhubungan, kerjaya, kewangan mahupun kesihatan. Wanita khususnya mempunyai keinginan tersendiri dan ramai telah menggunakan Hukum Tarikan secara sedar atau tidak sedar dalam kehidupan mereka. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diketahui…
Konsep Hukum Tarikan
Hukum Tarikan boleh diringkaskan sebagai – “kita menarik apa yang kita fokuskan”. Jadi, jika anda fokus kepada wang, maka anda akan menarik wang. Malangnya jika anda fokus kepada aspek negatif terhadap sesuatu, contohnya jika anda fokus kepada hutang, maka anda akan menarik hutang lebih banyak datang dalam hidup anda. Bagi wanita misalnya, jika fokus kepada aspek kecantikan, maka dia akan menarik benda-benda kecantikan kepadanya.
Fokus Kepada yang Positif
Dalam menggunakan Hukum Tarikan ini, anda perlu fokus kepada apa yang anda inginkan dan ia memerlukan sikap yang positif. Ini bermakna, daripada fokus kepada hutang yang anda ada, anda haruslah menukar pemikiran anda supaya fokus kepada kekayaan yang anda ada dan merasa sangat gembira kerana telah mencapai kebebasan kewangan.
Adakah anda menipu diri sendiri? Tidak sama sekali! Anda hanya fokus kepada keadaan kesyukuran atas apa yang anda ada dan membiarkan emosi anda bergabung dengan kesyukuran. Bayangkan bagaimana anda rasa jika anda telah dapat keinginan anda. Jika ianya pekerjaan yang ideal, kebebasan kewangan, kesihatan yang baik atau apa sahaja yang anda inginkan dan membenarkan diri anda merasai seperti telah mendapat keinginan itu.
Emosi memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Emosi positif seperti gembira, bahagia, seronok dan sebagainya akan menarik perkara yang sama datang kepada kita, begitulah sebaliknya jika beremosi negatif. Emosi adalah susulan daripada pemikiran kita yang akan menghasilkan tindakan yang berdasarkan kepada pemikiran.
Kebiasaannya, wanita mempunyai sikap emosional yang tinggi. Ini boleh mengakibatkan hasil yang tidak diingini terjadi kerana tiada kawalan kepada pemikiran dan emosi yang mengakibatkan ia cenderung kepada perkara negatif. Jadi, kawallah pemikiran dan emosi supaya fokus kepada perkara positif. Dengan ini, ia akan mengubah hidup anda ke arah yang lebih positif.
Lepaskan Impian
Apabila terlalu banyak fokus dan ambil berat terhadap impian atau keinginan, ia akan menjadi satu keperluan. Sebagai contoh “saya perlu menjadi bebas kewangan”, walau bagaimanapun, ada keperluan di situ. Keperluan di sini bermaksud terlalu banyak ikatan terhadap impian itu. Hukum tarikan bertindak apabila anda menjalani hidup ini seperti anda telah memiliki semua impian yang anda inginkan dan anda harus melepaskan ikatan keperluan pada impian itu. Dengan erti kata lain, lepaskan ikatan bermaksud berserah kepada Allah SWT. Moga permintaan atau doa anda dimakbulkan. Anda boleh berkeinginan yang lebih banyak, tetapi jika ada keperluan di situ, ia umpama meletakkan brek pada kuasa tarikan. Ia adalah seperti halangan yang anda letak di antara anda dan impian anda.
Pehubungan Ideal
Ada beberapa perkara yang anda perlukan sebagai persediaan untuk menarik perhubungan dengan orang lain termasuk pasangan hidup anda. Pertama, anda mesti tahu apa yang anda inginkan. Jika anda ingin mencari pasangan hidup, anda harus fikirkan tentang orang itu. Fikirkan tentang apakah ciri-ciri atau karakter yang dikehendaki dengan terperinci tentang orang tersebut. Jika anda mencari bakal suami sebagai contoh, ciri-ciri yang anda cari adalah yang beragama, kacak, berkulit cerah, tinggi, kaya, bergaya dan sebagainya. Lebih terperinci lagi bagus. Ingat…fokus kepada ciri-ciri yang positif sahaja. Kedua, anda harus yakin yang anda telah berjaya mendapatkan perhubungan dengannya. Ini adalah antara cara-cara untuk menarik perhubungan ideal dengan sesiapa yang dikehendaki.
Langkah Pertama
Tanya pada diri anda, apakah yang anda inginkan dalam kehidupan anda? Carilah apa yang ada pada anda. Fokus kepada yang positif dalam hidup anda. Sebagai contoh “Saya inginkan RM500,000.00 dalam akaun simpanan persaraan.” Jadikan ia sebagai matlamat dan rasakan dengan emosi positif yang mana ia telah dapat diperolehi. Rasakan anda hidup dengan penuh kebahagiaan. Kemudian, lepaskan atau berserah kepada Yang Maha Esa dan yakin bahawa Allah SWT sahaja yang memberi nikmat kepada makhluk-Nya.
Carilah jalan untuk kekal bermotivasi dan berinspirasi setiap hari dan menarik lebih banyak impian dalam kehidupan anda.
Dengan menggunakan Hukum Tarikan dalam kehidupan anda, ia tidak memerlukan usaha yang banyak, malah tiada kos yang diperlukan. Pada hakikatnya, terdapat banyak perkara yang anda harus tahu untuk memulakannya dan ia akan memberi impak positif dalam kehidupan anda. Berikut adalah lima (5) teknik asas dalam aplikasi Hukum Tarikan yang membolehkan anda mendapatkan hasil terbaik dalam hidup anda.
#1 – Bersikap Positif
Salah satu kaedah paling mudah di mana anda boleh memperbaiki kualiti apabila anda menggunakan Hukum Tarikan adalah dengan sentiasa mengekalkan penampilan positif. Apabila anda mempunyai sikap positif terhadap kehidupan, terdapat peluang baik yang mana ia menarik orang-orang positif, kesan-kesan positif dan transformasi berlaku dalam kehidupan anda. Walaupun jika peristiwa di dalam hidup anda nampak biasa saja, dengan mengekalkan sikap dan penampilan positif, ia boleh menuju ke arah transformasi diri yang anda inginkan. Dalam kehidupan realiti, penampilan positif anda akan membuatkan anda bersedia untuk memberikan masa kepada perubahan. Sentiasa melihat sesuatu dengan cara terbaik, maka ia membolehkan anda menjadi lebih baik dalam kehidupan ini, yang akan menunjukkan jalan ke arah situasi yang positif.
#2 – Visualisasi
Teknik penting yang lain adalah dengan melakukan visualisasi atau gambaran di dalam minda anda. Ia adalah penting di mana anda sebenarnya menggambarkan ke mana halatuju anda di dalam kehidupan anda. Gambarkan diri anda mempunyai kerjaya yang hebat, memandu kereta mewah idaman, mempunyai kesihatan yang baik, bebas kewangan dan kemudian anda akan dapat kebolehan untuk menghasilkan apa yang anda perlukan untuk membolehkan semua gambaran itu menjadi milik anda sepenuhnya. Anda tidak boleh mencapai matlamat anda melainkan anda sudah mempunyai idea tertentu yang anda ambil dan berusaha dengan konsisten ke arah halatuju anda yang membantu anda mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
#3- Saranan
Selalunya, kata-kata saranan boleh meningkatkan getaran energi diri anda yang membuatkan anda lebih bersemangat. Ini adalah kerana kata-kata tersebut telah tersemat di dalam minda anda dan menjadi kepercayaan baru anda. Anda perlu mula dengan menulis apa yang anda inginkan dan sentiasa menyebutnya berulang-kali. Lebih banyak anda berkata dengan kuat dan sudah tentu impian anda akan datang kepada anda.
#4- Sentiasa Fokus kepada Matlamat Anda
Kekalkan fokus terhadap matlamat anda adalah satu lagi teknik penting apabila anda mengambilkira Hukum Tarikan. Walau apa pun yang berlaku dalam hidup anda sekarang ini, anda mesti fokus kepada matlamat yang anda ingin tunaikan. Lebih banyak fokus, lebih besar kemungkinan yang anda boleh capai matlamat anda. InsyaAllah.
#5 – Terus Maju Ke Hadapan
Anda boleh meletakkan banyak perancangan yang anda suka dalam kehidupan anda, namun jika anda tidak yakin akan mendapat hasilnya, semua perancangan itu tidak akan menjadikan apa-apa hasil. Apabila anda mula berfikiran positif, gambarkan tentang impian-impian anda, gunakan saranan dan fokus kepada impian-impian tersebut, kemudian anda bersedia untuk menuju ke arah matlamat anda. Ia tidak mengapa jika anda mencapai langkah kecil atau besar, yang penting adalah anda mesti sentiasa mempunyai kemajuan ke hadapan dan tidak hanya duduk setempat sahaja.
Setiap satu strategi ini adalah penting dan jika anda menggunakannya bersama-sama, sudah pasti mempunyai kesan atau hasil yang hebat dalam kehidupan anda. Gunalah teknik-teknik ini untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat sekeliling umumnya.
Berikut adalah produk digital yang di keluarkan
Berikut adalah senarai training yang di anjurkan Ezrich Group Sdn. Bhd. Untuk maklumat lanjut klik pada gambar berikut:
SEMINAR & BENGKEL
WEBINAR @ KELAS ONLINE
EZRICH GROUP SDN. BHD.
55-02, JALAN SERI PUTRA 1/4,BANDAR SERI PUTRA,
43300 KAJANG SELANGOR
HP: 0169766679/0192766433
No Tel (pejabat) : 0389126551
Email:ezrichgroup@gmail.com