STAR

RAHSIA KENALI POTENSI DIRI, KEKUATAN, KELEMAHAN, PERSONALITI DAN KERJAYA MELALUI ANALISIS BIOMETRIK
Berapa ramai diantara anda yang tahu potensi diri sendiri atau potensi anak-anak anda? Yang pasti setiap orang mempunyai potensi diri yang berbeza, Hanya dengan mengenal pasti potensi diri anda akan lebih kenal diri anda atau anak-anak anda untuk merancang kehidupan yang lebih baik.
Banyak persoalan yang bermain di minda terutama ibu bapa yang mempunyai anak, jika mereka tahu potensi diri anak-anak mereka sejak kecil lagi sudah pasti lebih mudah untuk ibu bapa merancang kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak anda.
Bukan itu sahaja, Jika anda kenal potensi diri anda ini memberikan peluang yang cerah untuk anda berjaya dalam bidang yang bakal anda ceburi. Anda tidak perlu tercari-cari lagi arah tuju anda dalam menceburi sesuatu bidang, ini memberikan anda keyakinan yang lebih dalam bidang yang bakal anda ceburi. Mudah bukan jika anda tahu potensi diri anda? Namun bagaimana nak tahu potensi diri ini? Dengan adanya teknologi sistem analisiis biometrik ini, anda mudah untuk kenal potensi diri anda dan juga anak-anak anda.
ANDA HADAPI MASALAH BERIKUT?
  • Tidak kenal potensi kepintaran anak-anak anda?
  • Anda seorang usahawan yang tidak kenal potensi diri sehinggakan sukar untuk berjaya.
  • Hadapi masalah memilih pekerjaan, bidang dan jabatan yang sesuai.
  • Tidak yakin dengan kebolehan sendiri?
  • Tidak tahu bidang yang sesuai dengan diri sendiri?
Maka Sistem yang berasaskan kajian Biometrik ini adalah amat sesuai untuk anda ketahui sendiri apa yang anda perlukan untuk masa hadapan yang lebih cerah.
Manusia merupakan suatu ciptaan hebat Allah SWT yang penuh dengan keilmuan, kebijaksanaan dan kerahsiaan. Pelbagai kajian dijalankan bagi mengenal dan mempelajari subjek manusia dengan lebih mendalam. Setiap manusia diberikan dua tangan, pada jari jemari tangan manusia dipercayai dan telah dibukti memiliki makna dan gambaran personaliti yang tersendiri.
Cap jari selama ini hanya digunakan sebagai asas pengenalan diri, sistem keselamatan sama ada untuk keperluan forensik ataupun mengenalpasti identiti penjenayah.
Namun tidak ramai yang ketahui cap jari itu mampu mendedahkan rahsia sebenar diri individu termasuk personaliti dan potensi dirinya. Ini hasil teknologi analisis imbasan cap jari yang boleh menyerlahkan bakat semula jadi insani hasil daripada genetik keturunannya. Malah cap jari itu disifatkan pakar umpama berlian yang hanya menanti masa bagi merungkai rahsia diri seseorang.

 
Barasaskan Kajian Sains Dermatoglifik
Jika bakat adalah kemampuan diwarisi dalam diri seseorang yang dibawa sejak lahir dan berkaitan struktur otak, analisis cap jari adalah sistem mengenali potensi genetik seseorang berdasarkan sains dermatoglifik.
Sains dermatoglifik ialah ilmu yang mempelajari pola cap jari termasuk hujung luar derma kulit jari, telapak tangan dan tapak kaki yang sudah wujud selama lebih 200 tahun dalam sejarahnya.
Dermatoglifik merumuskan terdapat tiga pola dasar rupa bentuk cap jari iaitu arches atau lengkungan, simpulan (loops) dan lingkaran (whorls) atau gabungan ketiga-tiganya.

 
SEJARAH KAJIAN  DAN PENGGUNAAN DEMOGRAFIK
Kajian demografik ini telah di gunakan sejak tahun 1823 lagi dan semakin berkembang sehingga sekarang. Berikut adalah sejarah demografik.


 
Setiap Cap Jari Bersifat Unik dan Kekal
Kebarangkalian memiliki cap jari sama pula disifatkan amat mustahil iaitu            pada nisbah 1 setiap 64 juta atau hampir mustahil walaupun pada anak kembar. Ini kerana ia mula terbentuk  sejak embrio berusia 13 minggu dalam kandungan ibu, lengkap pada usia 24 minggu dan terus berkembang seiring perkembangan sel otak.
Cap jari adalah bahagian tubuh yang bersifat kekal dan tidak pernah berubah.Cap jari adalah unik dan tersendiri bagi setiap individu dan mampu menggambarkan watak terperinci setiap orang. Memandangkan pertumbuhan cap jari bermula bagi embrio berusia 13 minggu dan perkembangannya pula seiring pertumbuhan otak. Pembentukan pola garis cap jari menggambarkan cara kerja dan fungsi bahagian otak.
Allah berfirman dalam surah al-Qiyamah yang bermaksud 
" Adakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan kembali tulang belulang mereka. Bukan demikian, kami mampu menyusun jari jemari mereka dengan sempurna"
( Ayat 3-4, Al-Qiyamah)
Ayat ini diturunkan oleh Allah tatkala baginda Rasulullah didatangi oleh orang kafir yang mempersoalkan tidak mungkin Allah mampu menghidupkan semula orang yang mati lantaran mayat mereka yang hancur lebur. Bagi mereka, tidak mungkin Allah dapat mengenali dan mencantum kembali anggota orang yang telah mati mengikut tuan punya anggota masing-masing. Lalu Allah menjawab bahawa Allah berkuasa menghidupkan mereka semua dan mampu menyusun kembali jari mereka dengan sempurna( yakni dapat mengumpul semula anggota badan manusia mengikut tuan punya masing-masing)
Istilah yang perlu ditekankan ialah jari-jemari mereka. Persoalannya ialah mengapakah Allah mengambil anggota manusia yang kecil iaitu jari? Mengapa Allah tidak menggunakan anggota yang lain seperti muka, kepala, kaki dan lain-lain? Apakah keistimewaan jari sehingga Allah mengambilnya sebagai perbandingan? Semua ini adalah berkaitan dengan pengenalan atau identiti manusia yang tidak sama sejak nabi Adam Alaihissalam hinggalah akhir zaman nanti. Identiti berbilion-bilion manusia dapat dibezakan hanya melalui hujung ibu jari yang kecil!
Rahsia keunikan jari manusia tersimpan begitu lama melangkaui seribu tahun lebih. Sehinggalah pada tahun 1880, rahsia jari telah terbongkar oleh Sir Francis Golt. Beliau mendapati bahawa garisan ibu jari manusia tidak sama. Sejak itu, pihak polis Scotland Yard telah mula menggunakan cap jari untuk mengesan penjenayah. Ketepatan cap jari manusia untuk mengesan identiti seseorang akhirnya menjadikan semua urusan dokumentasi manusia disahkan melalui cap jari.
 

 Otak dan Jari-jari manusia saling Berhubung
Sel otak mengalami perkembangan terpantas dan progresi dari umur 0-3 tahun. Semasa peringkat ini, sel-sel otak bermula di peringkat pertama dimana perkembangan melalui visual, auditori (pendengaran) dan sentuhan stimulasi, ini di kenali sebagai "Myelination" ialah permulaan kepada "Rangkaian saraf (Neural Network)" yang berkaitan dengan sel-sel otak.
Semasa berumur 4 hingga 8 tahun, sel otak mengembang dendrit dan akson dengan pesat dan pada masa yang sama, ia mula mengembangkan sistem rangkaian saraf. Rangkaian saraf otak mula berkembang pesat pesat melalui stimulasi visual, auditori dan sentuhan stimulasi dari pelbagai aktiviti pembelajaran. Tempoh ini ialah proses asas perkembangan serebrum dan ia adalah "kritikal/terpenting" untuk pembelajaran. Sel-sel saraf berhubung antara satu sama lain dan terbentuk rangkaian saraf yang menjadi fungsi serebrum. Kebanyakan hubungan ini terjadi adalah disebabkan faktor luaran seperti stimulasi, persekitaran, pembelajaran dan sebagainya.
Namun begitu bilangan sel-sel saraf tidak menentukan kebijaksanaan seseorang inidividu, tetapi menunjukkan penyerapan pembelajaran kapasiti seseorang. Pertambahan bilangan sel-sel saraf boleh mewujudkan sambungan serta-merta, kebolehan untuk belajar. seorang yang mempunyai kurang bilangan sel-sel saraf juga boleh untuk mencapai hasil pembelajaran yang baik memalui amalan yang berulang dan konsisten atau tetap.
Maka terbuktilah hasila kajian otak sentiasa berhubung dengan jari-jemari kita, bahawa dengan cap jari anda mampu untuk kenal potensi diri, dari cap jari lah kita mampu kenal potensi diri kita, Sistem biometrik ini mampu untuk mentafsir potensi diri.

 
Mahukah anda jika saya tunjukkan anda satu sistem yang mampu utnuk membantu anda untuk kenal potensi diri anda atau anak-anak anda? Saya pasti ramai yang kan berminat.
Memperkenalkan Sistem Biometrik
Laporan Scientific Talent Analysis Recognition (STAR)
STAR atau Scientific Talent Analysis Recognition merupakan kaedah untuk meneroka bakat semula jadi seseorang melalui aplikasi Neurosains, Genetik, Psikologi dan kajian Dermatoglyphics. Ketepatan analisis yang dibuat adalah lebih daripada 92%.

Bagaimanakah kaedah STAR menggunakan mekanisma pengurusan bakat ?
Melalui sistem biometrik yang menganalisis ciri-ciri unik cap jari. Ia dibuktikan dengan penyelidikan saintifik mengenai hubungan antara cap jari dan:
  • Matrix personaliti,
  • Bakat semula jadi,
  • Gaya Pembelajaran yang berkesan,
  • Kecekapan dan Minat,
  • Kecerdasan otak
  • Keserasian kerjaya, dan lain-lain
Cap jari adalah unik dan tidak sama antara satu sama lain. Ia tidak akan berubah sepanjang kehidupan dan sehingga ke akhir hayat manusia. Cap jari merupakan maklumat genetik manusia. Konsep pendidikan terbaru dalam abad ke-21 melalui kaedah saintifik analisa Dermatoglifik. Kajian lebih 200 tahun, kini menggunakan Teknologi Biometrik agar anda memahami minda dan diri untuk mencapai kecemerlangan yang holistik.
4 proses mudah dalam proses mendapatkan Laporan STAR
1. Mengambil data (10 jari) melalui mesin biometrik 2. Menganalisa data. 3. Keputusan disediakan. 4. Penyerahan laporan analisa berserta konsultasi.
 

 
APA KELEBIHAN STAR INI?
Dengan STAR ini anda bakal mengenali 8 jenis kepintaran dan sikap semulajadi anda. Visual – Logik – Fizikal – Muzik – Sosial – Jatidiri – Alam – Bahasa
  • Corak pemikiran (otak kanan & otak kiri)
  • Corak pembelajaran (visual, auditori, kinestetik)
  • Tahap kecerdasan (IQ,EQ, SQ, AQ)
  • Tahap menghadapi tekanan
  • Panduan pemilihan jurusan/bidang pembelajaran
  • Panduan pemilihan kerjaya ideal
  • Komunikasi berkesan antara ibu bapa- anak – guru – pasangan
  • Ciri-ciri personaliti dan kepimpinan anda
Mengetahui cara pembelajaran yang berkesan untuk anda
  • Pembelajaran secara Visual
  • Pembelajaran secara Auditori / Pendengaran
  • Pembelajaran secara Kinestetik.
STAR akan menganalisis cara pembelajaran yang bersesuaian untuk anda, maka ini akan memberikan anda kemudahan untuk anda memahami sesuatu pembelajaran dengan cara yang sesuai dengan diri anda.
Banyak lagi kelebihan yang bakal anda dapat dari analisis sistem STAR ini antaranya seperti berikut:
  • Jenis Personaliti Semulajadi
  • Jenis kepintaran dari teori Dr. Howard Gardner
  • Hobi pilihan / Minat
  • Pilihan subjek pembelajaran
  • Kerjaya yang sesuai dengan anda
  • Pilihan pekerjaan yang sesuai dengan anda
  • Personaliti dan pengurusan kerja oleh teori Holland
  • Pilihan jabatan yang akan anda sesuai sertai dalam kerjaya anda
 

 
Kaedah analisis ini besar manfaatnya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara daripada pelbagai golongan dalam membina sahsiah diri dan kerjaya serta memperbaiki kelemahan yang ada. Antaranya ialah:
1.  Memahami ciri-ciri semula jadi anak-anak
  • Ibu bapa sering salah faham anak-anak kerana tidak tahu ciri-ciri semula jadi anak-anak (sifat ingin tahu, agresif, suka memberontak dan lain-lain)
  • Untuk memahami dan membangunkan cara yang berkesan untuk berinteraksi dengan anak-anak berdasarkan pemahaman dan bentuk komunikasi semula jadi mereka.
  • Memahami dan membangunkan kaedah interaksi yang berkesan dengan anak-anak.
  • Bagi orang dewasa, ujian ini boleh digunakan untuk penilaian diri dan keserasian dengan pasangan atau rakan kongsi perniagaan.
2.  Mengetahui gaya pembelajaran dan keupayaan semula jadi anak a) Untuk mengetahui dengan tepat gaya pembelajaran semulajadi yang mempunyai anak
  • Kinestetik:  Baik dalam melahirkan perasaan mereka / pemikiran melalui bahasa badan dan lebih suka untuk belajar / menghafal melalui operasi dan pergerakan
  • Visual: Tajam pemerhatian / pembezaan visual dan lebih suka untuk belajar melalui pemerhatian dan bacaan
  • Auditori: Lebih suka belajar melalui pendengaran rasa / amalan lisan dan mampu menyerap, mengatur dan menyusun maklumat secara lisan
b)  Untuk mencadangkan ibu bapa agar meletakkan anak-anak mereka dalam kursus-kursus atau pra-sekolah di mana kurikulum sesuai dengan gaya pembelajaran semula jadi anak-anak. c)  Untuk menghapuskan keadaan ‘trial and error’  apabila ibu bapa menghantar anak mereka ke kelas tertentu (iaitu kelas seni atau kelas muzik) tanpa mengetahui jika anak-anak mampu atau tidak. d) Bagi orang dewasa, ujian ini akan mendedahkan kepada mereka kekuatan yang mereka miliki dan membimbing mereka untuk prestasi yang lebih baik di tempat kerja atau dalam perniagaan.
3.  Cari bakat dan potensi tersembunyi anak
  • Setiap kanak-kanak adalah unik dan mereka mempunyai bakat semula jadi yang berbeza
  • Untuk menggunakan kaedah secara saintifik (ketepatan sehingga 95%) untuk mendedahkan potensi semula jadi (kekuatan dan kelemahan) kanak-kanak
  • Untuk memberi ibu bapa kefahaman tentang anak mereka dan untuk membentuk serta mendidik mereka secara berkesan kepada bakat yang mereka miliki
  • Untuk membolehkan ibu bapa memberi tumpuan kepada kekuatan anak mereka.
  • Laporan Dermatoglyphics adalah satu garis panduan yang sangat penting untuk kanak-kanak untuk merujuk apabila memilih utama universiti yang paling sesuai dengan kebolehan semula jadi mereka dan potensi
  • Selepas tamat pengajian, laporan dermatoglyphics sekali lagi akan membantu dalam memberi cadangan untuk menutup laluan kerjaya mereka
  • Bagi orang dewasa, ujian ini boleh menjadi rujukan yang sangat baik bagi mereka yang berhasrat untuk membuat perubahan kerjaya, untuk menceburi perniagaan baru atau untuk mengambil kemahiran baru / pendidikan
Hasil penerangan di atas maka terbuktilah yang kaedah demografik yang di gunakan asas dalam sistem STAR atau Scientific Talent Analysis Recognition ini telah diguna pakai sejak hampir 200 tahun yang lalu. Dengan kajian yang lama ini memberikan ketepatan terhadap STAR atau Scientific Talent Analysis Recognition ini mampu mencapai sehingga lebih 92%.

 
TESTIMONI 
Masih tidak yakin dengan kemampuan STAR atau Scientific Talent Analysis Recognition ini dalam mengenal potensi diri anda. berikut adalah beberapa testimoni  yang berkaitan dengan laporan STAR atau Scientific Talent Analysis Recognition ini.

"Ia menggambarkan kebolehan dan ciri-ciri individu. Adalah baik untuk dikenal pasti kekuatan dan kelemahan seseorang kerana ia akan membantu dalam keputusan anda ke arah masa depan yang lebih baik. "
( Dr. Zulkifli Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur )

"Saya kagum dengan kapasiti STAR. Ia akan menjadi penyedia penyelesaian kepada isu pembangunan modal insan kita. Segmen laporan mengandungi penjelasan mengenai kebolehan yang berlainan dalam beberapa bidang. Oleh itu, banyak pihak boleh mendapat manfaat daripadanya. "
( Dato' Hassan Malik, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri )

Mekanisme yang hebat untuk diterapkan sebagai bimbingan diri kepada individu, lebih mudah bagi ibu bapa untuk membimbing anak-anak mereka, bagi para pelajar untuk mengetahui titik fokus mereka, dan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang lebih baik. "
( Ustazah Hazni Al-Hafizah, Penghafal Al-Quran )
Bagaimana untuk dapatkan laporan STAR ini?
KLIK PADA BUTANG DI BAWAH UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT PROSES UNTUK MENDAPATKAN LAPORAN S.T.A.R INI

untuk maklum balas lebih cepat sila whatapps
"STAR" ke 0169966361